Will Atrocities and Global Suffering Decrease?
But for how long?
Hours after Mr. Hussein met his end at the gallows, Shiite Muslims throughout Iraq, as well as in other parts of the world, danced in the streets. Though the Shiites, at 13 million, are the majority of Iraq’s population, the Saddam Hussein regime had imposed severe restrictions on their religious practice.
According to human rights watch groups, Mr. Hussein used allegations of prostitution to intimidate his opponents—charges that were often used to justify the barbaric beheading of women.
Under his regime, documented chemical attacks, from 1983 to 1988, resulted in the deaths of some 30,000 Iraqis and Iranians. It has been estimated that Saddam Hussein’s 1987-88 campaign of terror—which included mustard gas and nerve agent attacks—destroyed 2,000 Kurdish villages and killed at least 50,000 Kurds, and perhaps as many as 200,000.
Not even those of his own flesh-and-blood were safe, as Mr. Hussein murdered approximately 40 of his relatives.
-------------------------------------------------------------------------------------
Oleh : Maszlee Malik
Lewat upacara "menggantung" Saddam Husseim mantan diktator Iraq, pelbagai analisis muncul. Apa yang pasti, dua tanggapan utama telah mendominasi pandangan umum di kalangan masyarakat Islam. Pertamanya, Saddam dianggap sebagai hero kelompok Sunni Iraq yang telah dizalimi oleh AS. Keadaan beliau yang begitu berani, teguh dan telah mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum digantung telah menjadikan beliau seorang wira. Tanggapan kedua pula ialah kaum Syiah merupakan golongan yang paling teruk teraniaya di zaman Saddam. Penggantungan Saddam diumpamakan sebagai korban kaum Syiah di hari raya Aidil Adha 1427 mereka. Laungan berbau Syiah dari mereka yang hadir sewaktu penggantungan Saddam telah dianggap sebagai upacara balas dendam di atas pembunuhan kaum Syiah Iraq di zaman pemerintahan Saddam Hussein.
Di dalam menyikapi kedua-dua tanggapan ini, fakta, rasional dan juga analisis perlulah dijadikan ukuran. Emosional dan juga prasangka bukanlah jawapan yang tepat.
Fakta yang perlu diketahui ialah Saddam bukanlah wira Ahli Sunnah di Iraq. Beliau tidak pernah, dan mungkin juga tidak terlintas untuk mengaku bahawa beliau adalah wira kaum Sunni Iraq. Perjalanan politik beliau menyaksikan manusia bernama Saddam ini merupakan seorang diktator yang tidak mewakili mana-mana kumpulan di dalam kelompok taburan kaum di Iraq. Seawal kemunculannya di alam politik melalui Parti Baath, beliau telah memulakannya dengan siri-siri pembunuhan tanpa memilih kaum. Percubaan membunuh Jeneral Abdul Karim Qassim, pemimpin tentera Iraq yang telah menggulingkan Raja Faisal ke-2, merupakan medan awal Saddam membina karier politiknya. Komplot yang berlaku pada tahun 1959 itu seperti yang diketahui oleh ramai pihak, merupakan onar AS di rantau berkenaan.
Sebagai seorang penganut fahaman Baath, beliau tidak mewakili mana-mana pihak. Di dalam parti Baath, semua pihak turut terlibat. Ideologi Baath tidak mengenal Sunni, Syiah, Kristian, mahupun Atheist. Mereka disatukan di atas semangat Sosialis kebangsaan Arab. Pada tahun 1968, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Presiden Iraq selepas kejayaan Parti Baath menggulingkan Presiden Iraq pada ketika itu, Abdul Rahman Arif. Karismatik beliau menyerlah pada waktu tersebut lantas menenggelamkan kilauan bintang Presiden Iraq pada waktu itu, Ahmad Hassan al-Bakr. Walaupun al-Bakr telah bertanggung jawab membawa Saddam ke kedudukannya di dalam parti dan di dalam negara, namun akhirnya beliau digulingkan oleh Saddam sendiri. Kedudukan beliau sebagai timbalan presiden Iraq dan juga Jeneral tentera telah memberikan peluang besar kepada Saddam untuk meluaskan pengaruhnya. Di sebalik krisis minyak pada tahun 1973, Irqa telah berjaya menjadi negara pengeluar minyak utama dunia. Dana yang melimpah ruah itu telah digunakan oleh Saddam untuk pembangunan negara Iraq yang moden. Pada 16 Julai 1979, al-Bakr akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya kepada Saddam selepas dipaksa dan dikenakan tekanan yang kuat.
Perkara pertama yang dilakukan oleh Saddam di awal hari-harinya menjadi presiden ialah menghapuskan segala ancaman dalaman. Beliau memulakan operasi pemutihan tersebut melalui dalam parti Ba'ath sendiri. Seramai 68 anggota tertinggi Ba'ath telah ditangkap dan dipenjarakan, manakala 22 daripada mereka telah dijatuhkan hukuman bunuh. Beliau juga telah menghapuskan undang-undang Syariah di Iraq yang telah diamalkan semenjak zaman Raja Faisal lagi. Beliau berjaya menjadikan Iraq satu-satunya negara teluk yang menganut fahaman sekular ekstrim.
Beliau juga telah menubuhkan "Tentera Rakyat" yang bertanggungjawab menjadi pelindung kepada rejimnya. Jabatan perisikan dalaman atau Mukhabarat pula menjadi jentera utama Saddam di dalam menjamin keutuhan rejim tersebut. Barzan Ibrahim, adik tiri Saddam merupakan individu yang dipercayai oleh Saddam untuk mengetuainya. Jabatan tersebut dikenali dengan kekejaman dan juga keganasan yang dilakukan ke atas mana-mana pihak yang disyaki boleh menjadi ancaman kepada rejim. Rakyat Iraq secara keseluruhannya, samada Sunni, Syiah, Kristian, Yahudi, Sosialis, Ba'ath dan kesemuanya menjadi saksi kepada keganasan Mukhabarat era Saddam. Kesemuanya tidak terlepas menjadi prospek untuk disiksa, diazab, disiat-siat, dipotong, dihancurkan, diletupkan, dan juga dibunuh oleh jabatan yang paling digeruni di Iraq era Saddam ini.
Jika kaum Syiah mendakwa mereka merupakan mangsa utama keganasan Saddam, itu perlu diteliti semula. Kaum Kurdi merupakan pihak yang paling banyak menanggung derita sebenarnya di bawah keganasan rejim Saddam. Perjuangan kemerdekaan kaum Kurdi yang cuba memisahkan diri mereka daripada Iraq untuk membentuk negara merdeka kaum Kurdi telah menjadi sasaran utama Saddam. Bukan hanya sekadar perkampungan Kurdi diserang dan para pejuang mereka telah dibunuh dengan kejam, seramai 200,000 rakyat Kurdi juga telah dibuang negara pada tahun 1975. Perjanjian di antara Saddam dengan pemerintah Iran pada waktu itu, Shah Reza Pahlavi telah menjadi sebab utama pengusiran beramai-ramai tersebut.
Peristiwa Halabja juga tidak sepatutnya dilupakan oleh masyarakat dunia. Pada 16 Mac 1988, rejim Saddam telah membunuh lebih 5000 rakyat Kurdi dan mencederakan 10,000 yang lain melalui serangan menggunakan gas beracun. Serangan tersebut merupakan sebahagian daripada kempen "operasi Anfal" yang sekarang ini dibicarakan di Iraq walaupun selepas kematian Saddam. Jerman dikenali sebagai pembekal gas beracun tersebut, manakala AS dan Iran juga turut terlibat di dalam serangan berkenaan.
Jika kaum Syiah merasakan diri mereka teraniaya melalui pembunuhan 148 kaum Syiah di perkampungan Djeil, maka kaum Sunni juga berhak merasakan yang sama. Kaum ulama Sunni, golongan cerdik pandai, dan yang paling ramai adalah aktivis gerakan Islam merupakan mangsa kekejaman rejim Saddam. Ribuan dari kalangan aktivis dan ulama gerakan Ikhwan al-Muslimin juga tidak terlepas daripada menjadi habuan pembunuhan dan komplot penyembelihan rejim Saddam. Ribuan dari kalangan mereka juga telah meninggalkan Iraq dan berhijrah ke negara-negara lain. Adalah tidak adil mengatakan bahawa Saddam merupakan wira ahli Sunnah. Tidak adil juga jika kaum Syiah ingin memonopoli gelaran "magsa kekejaman Saddam".
Perlu diingat juga, keganasan tentera AL-MAHDI milik Muqtada Sadr ke atas kaum Sunni juga tidak kurang hebatnya dengan apa yang dilakukan oleh pihak penjajah
Semenjak tahun 1972, Iraq mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Soviet Union melalui Saddam. Kebanyakan persenjataan Iraq pada waktu tersebut dibekalkan oleh Soviet Union. Keadaan ini akhirnya berubah di akhir tahun-tahun 70'an. Penjajahan Afghanistan, hubungan intim Soviet dengan Iran dan juga polisi keras kerajaan Iraq terhadap parti komunis Iraq telah mengeruhkan hubungan tersebut. Era Saddam menyaksikan Iraq mula menjadi rakan barat, terutamanya AS yang menjadi seteru utama Soviet Union pada zaman perang dingin Barat-Timur.
AS bukan hanya menjadi pembekal senjata kepada Saddam, malah juga turut menjadi rakan ekonomi dan juga penasihat kepada rejim Saddam. Peperangan di antara Iraq dengan Iran telah menjadi saksi bagaimana AS telah menjadi penyokong kuat Iraq dan pembekal senjata utama mereka. Peranchis, Britain dan Jerman juga turut menjadi rakan pembekal senjata kepada Saddam. Peperangan Iraq-Iran merupakan peluang bagi kuasa-kuasa barat menjual senjata-senjata mereka kepada Saddam. Segala usaha Saddam untuk "menghentikan pemberontakan dalam negara", samada dengan membunuh kaum Kurdi, Syiah, Sunni dan komunis sentiasa mendapat sokongan negara-negara tersebut.
Setiap tindakan Saddam yang melibatkan penggunaan senjata merupakan ruang bisnes bagi negara-negara tersebut, terutamanya AS. Serangan Saddam ke atas wilayah Khuzestan Iran yang telah mencetuskan peperangan Iraq-Iran, menurut sesetengah penganalisis politik telah mendapat restu dari AS. AS yang tidak mahu pengaruh Iran menguasai rantau tersebut telah berusaha membekalkan senjata kepada Iraq. Malah, menurut laporan pembicaraan ke atas syarikat Matrix Churcill (pembekal senjata dari Britain kepada Saddam) pada tahun 1996 oleh Lord Justice Scott, AS dan Britian tetap membekalkan senjata kimia kepada Saddam selepas peristiwa Halabja pada tahun 1988.
Ketika Saddam terpaksa menanggung hutang sebanyak USD 75 billion pasca peperangan Iraq-Iran, negara-negara tersebut membiarkannya. Saddam merasakan kemenangan beliau ke atas Iran merupakan khidmatnya kepada negara-negara Teluk lain yang turut merasakan Iran sebagai ancaman mereka, terutamanya Kuwait. Berdasarkan persepsi tersebut, Saddam telah memaksa Kuwait untuk menghapuskan hutangnya dengan Kuwait sebanyak USD 30 billion. Kuwait, walau bagaimanapun tidak tunduk kepada paksaan tersebut. Hubungan di antara Iraq dan Kuwait menjadi tegang selepas itu, dan ditambahkan dengan beberapa insiden lain. Akhirnya, selepas mendapat restu daripada AS melalui mesyuarat sulit Saddam dengan duta AS di Iraq, April Glaspie pada 25 Julai 1990, Saddam telah menyerang dan menawan Kuwait. Malangnya, Saddam tidak menyedari bahawa komplot tersebut hanyalah sebahagian daripada tipu helah AS untuk menguasai lebih banyak kawasan di rantau tersebut.
Peperangan Teluk yang pertama telah menyaksikan AS yang dahulunya menjadi sekutu dan pembekal utama senjata kepada Saddam telah bertukar menjadi musuh Saddam dan Iraq. Beralasankan untuk melindungi Kuwait dan Arab Saudi, akhirnya AS berjaya bertapak di bumi Teluk. Kini, Saddam pula menjadi mangsa. AS tetap mendapat keuntungan dari pelanggan-pelanggan baru mereka. Kuwait dan Arab Saudi akhirnya menjadi pembeli utama senjata-senjata lapuk dan lama milik tentera AS. Negara-negara Teluk yang lain juga akhirnya turut terheret ke dalam kancah peperangan tersebut dan terpaksa menjadi sekutu dan pembeli utama senjata-senjata AS. Saddam yang dahulunya menjadi rakan rapat AS kini telah menjadi seteru dan terpaksa membawa rakyatnya ke dalam kancah peperangan dan penderitaan. Peperangan Teluk 1991 dan juga pasca peperangan tersebut telah menyaksikan rakyat Iraq menderita dan sengsara. Tidak kira, samada Sunni,Syiah, Kurdi, Kristian dan sesiapa sahaja, kesemuanya menderita akibat sekatan ekonomi dan juga tekanan yang dihadapi oleh Iraq. Kesengsaraan tersebut terus berlanjutan sehingga kini akibat penjajahan AS ke atas bumi Iraq semenjak tahun 2003.
Pelajaran utama yang perlu diambil oleh para diktator Arab, mereka tidak boleh sekali-kali mempercayai AS sepenuhnya. AS dan kuasa-kuasa barat yang lain hanyalah sekumpulan penyamun yang tidak jujur di dalam persahabatan mereka. Mereka hanya faham bahasa Dollar dan peluru sahaja. Samada hubungan dengan AS adalah untuk menjadi sekutu, agen, mahupun rakan, ianya akan berakhir dengan pengkhianatan dari pihak AS sendiri. Walaupun mungkin ada yang akan mengatakan, penggantungan Saddam merupakan pengajaran kepada para pemimpin Arab agar tidak melawan AS, namun pada hakikatnya ia merupakan pengajaran kepada mereka agar tidak menjadi sekutu AS sebelum melawan mereka.
Tidak hairanlah jika Anas al-Tikriti, penganalisis politik dari Britain ketika diwawancara mengenai penggantungan Saddam telah mengeluarkan satu pertanyaan yang menarik. Beliau bertanyakan, ke manakah mereka yang telah bertanggung jawab membekalkan Saddam dengan persenjataan? , mengapa tidak diheret sekali mereka ke perbicaraan? dan mengapakah mereka tidak biwa ke tali gantung bersama Saddam?
Tidak salah juga jika kita bertanyakan, bagaimana pulakah dengan jenayah penjajah AS di Falujah, Samura, al-Qaim, Ramadi dan di seluruh Iraq semenjak tahun 2003. Jika Saddam seorang diktator dan berhak menerima hukuman gantung, Bush juga berhak diadili sedemikian rupa di atas kematian ratusan ribu rakyat Iraq sehingga hari ini. Beliau juga berhak menerima hukuman gantung seperti Saddam!
Walaupun Saddam seorang diktator dan juga seorang yang kejam, namun sikap beliau terhadap Israel berhak menerima pujian. Sebagai seorang pemimpin Arab yang tegas dan berprinsip di dalam menyikapi isu Palestin-Israel, beliau sepatutnya menjadi contoh. Sekurang-kurangnya sikap beliau ini lebih mulia daripada sikap Iran yang pernah membeli senjata dan mempunyai hubungan dengan Israel lewat peperangan Iraq-Iran. Skandal pembelian senjata "kontra-Iran" dengan Israel bukanlah satu rahsia di kalangan pengamat politik Timur Tengah.
Video rakaman perlaksanaan hukuman gantung ke atas Saddam telah menaikkan kemarahan majoriti Ahli Sunnah. Jika sewaktu peperangan Israel-Hizbullah ramai yang mula bersimpati dan menghulurkan tangan persahabatan kepada Syiah, kini segalanya berubah. Syiah dilihat oleh majoriti Sunni di seluruh dunia sebagai musuh dalam selimut dan juga sebagai kelompok yang membenci Ahli Sunnah dengan kebencian yang melampau.
Bagi rakyat Iraq, pertumpahan darah kaum Sunni akibat perbuatan kaum Syiah adalah sama seperti perilaku tentera penjajah AS. Agak tidak keterlaluan jika dikatakan keganasan puak Syiah adalah lebih dahsyat lagi.
Terdapat beberapa persoalan yang mengundang analisis mendalam mengenai hubungan kelompok Syiah di dalam perlaksanaan hukuman gantung Saddam. Persoalan ini dapat dilihat berdasarkan beberapa keadaan yang mendahului hukuman ke atas Saddam.
Pertamanya, 30 ahli parlimen dan enam menteri dari kumpulan Muqtada Sadr pernah memboikot parlimen Iraq. Boikot tersebut merupakan protes mereka ke atas pertemuan PM Iraq, Nuri al-Maliki dengan Presiden Bush di Amman, Jordan pada bulan November 2006.
Kedua, Boikot berkenaan diikuti dengan tindakan boikot secara keseluruhan dari kumpulan Sadr ke atas politik Iraq. Hal ini menyebabkan kelompok Syiah yang membentuk kuasa majoriti merasa bimbang. Ketiadaan kumpulan Sadr akan mengurangkan kuasa mereka, sekaligus menafikan penguasaan mereka ke atas suasana politik Iraq. Demi menyelamatkan keadaan, beberapa pertemuan di antara pemimpin-pemimpin Syiah Iraq telah berlangsung. Sadr sendiri telah dikunjungi oleh kebanyakan pimpinan Syiah demi memujuknya agar membawa kumpulan beliau kembali ke parlimen.
Ketiga, Perlaksanaan hukuman gantung Sadr yang telah dilakukan secara tergesa-gesa itu telah dihadiri oleh beberapa "orang" dari kumpulan Sadr. Kebanyakan daripada mereka adalah di antara individu yang telah memboikot parlimen Iraq. Seluruh alam telah menjadi saksi kepada peristiwa tersebut. Sorakan nama Muqtada dan juga laungan nama bapanya Muhammad Baqir Sadr yang telah dibunuh oleh rejim Saddam pada tahun 1984 bergema di dalam bilik di mana hukuman tersebut dilaksanakan.
Mengapakah penjajah AS sanggup menyerahkan Saddam untuk diperlakukan sedemikain rupa oleh kerajaan "Syiah" Iraq?
Adakah ianya sebahagian daripada usaha mereka untuk mendapatkan sokongan daripada kumpulan Sadr ?, bukankah Kementerian Pertahanan AS di dalam laporan mereka pada bulan Disember 2006 yang lalu pernah menyifatkan tentera al-Mahdi milik Sadr merupakan "Ancaman utama kepada keamanan di Iraq", maka mereka perlu dijinakkan.
AS tahu walaupun Sadr dan kumpulannya merupakan ancaman kepada AS dari kalangan Syiah di Iraq, namun kumpulan tersebut juga amat memusuhi golongan Sunni.
Kewujudan mereka diperlukan oleh AS demi menjamin keadaan tidak stabil di Iraq. Keadaan tidak stabil di Iraq akan terus memberikan justifikasi kepada AS untuk terus menguatkan pengaruh mereka di negara pengeluar minyak tersebut. Berbillion Dollar yang telah mereka laburkan sebagai modal di Iraq tidak akan dibiarkan tanpa hasil yang berlipat ganda.
Di atas sebab-sebab inilah, skrip penggantungan Saddam ini telah berlangsung dengan licin. Penggantungan Saddam hanya akan mengundang keadaan yang lebih buruk di Iraq. Peperangan saudara di antara kaum Sunni dan Syiah di Iraq akan bertambah buruk. Keamanan di seluruh Iraq bagaikan utopia di waktu ini. Maka berjayalah AS mengukuhkan lagi kedudukan mereka. Mungkin juga tidak salah kita mengatakan, bahawa AS telah menjadikan penggantungan Saddam sebagai batu loncatan untuk penguasaan terus AS ke atas rantau Asia Barat.
--------------------------------------------------------------------------------
1937 April 28: Born in Auja, near the city of Tikrit, 200 km north of Baghdad, as the son of a landless peasant who died before Saddam's birth.
1956: Joined the Iraqi branch of the Arab Ba'th Socialist Party.
1958: Sentenced to prison for political activities against the regime, he spends 6 months in prison.
1959: Participates in the coup attempt against prime minister Abdul Karim Qassim, through which he receives a gunshot wound in his leg from the minister's bodyguards.
— Escapes to Syria, and then to Egypt.
1960 February 25: Is sentenced to death in absentia.
1962: Finishes his secondary studies in Egypt.
1963 February 8: Returns to Iraq following the Ramadan revolution.
— Joins the leadership of the Ba'th Party.
1964 October 14: Is arrested in a campaign against Ba'th Party members.
1966: While still in prison, Saddam is elected Deputy Secretary General of the Ba'th Party.
1967: Escapes from prison.
1968: Active in the two Ba'thist coups, July 17 and 30. Saddam assumes responsibility for internal security.
— Graduates from the College of Law.
1969 November 9: Is formally elected Chairman of the Revolutionary Command Council, in which he forms an alliance with his second cousin, Ahmad Hassan Bakr, the council's chairman.
1972 June 1: Leads the process of nationalizing the oil resources in Iraq, which had been in control by Western companies.
1975: Saddam signs the Algiers Accord with Iran (which among other issues, regulated the border question), an act indicating that his position was stronger than his ally Bakr.
1979 June: Saddam assumes the position of president, after he discovers that Bakr began negotiations on unity between Syria and Iraq. Bakr is stripped of all positions, and put under house arrest.
1980 September 17: Saddam terminates the border agreement of 1975 with Iran, hence provoking a war.
— September 22: War starts against Iran, due to disputes over territories occupied by Iran in 1973.
1988: With the help of US navy in the Persian Gulf, Iraq is able to regain territory lost to Iran between 1984 and 86.
— July: War against Iran ends, without changes in the borders.
1990 August 2: War against Kuwait resulting in a rapid occupation. This leads to strong international condemnation, and threats of intervention from US-lead forces.
1991 January 17: Intervention by the joint international forces in which more than 30 countries participate. This leads to a quick defeat for Iraq. After the war, international actions are effected towards the Kurdish population in the north and the Shi'is in the south. But despite predictions from international commentators, Saddam is not removed by his Iraqi opponents, nor does his political power seem to diminish.
1990's: UN imposes sanctions on Iraq, in order to force the country to reduce its military defenses, based on the agreement reached in the peace agreement after the war of 1991. The sanctions soon result in a heavy decline in the Iraqi economy, reduction in food supplies, and poor public health services, but not a weaker position for Saddam.
1994: New military activities near Kuwait, but international pressure makes Saddam end this.
1998: Saddam removes all personnel stationed in Iraq by the UN to control the military and the military industry.
Late 1990's: After many years of international sanctions against Saddam and Iraq, world opinion begins to change. Although initially sentiments opposed Iraq as a nation, more and more commentators begin pointing to the fact that Iraq is not deescalating its military buildup, and that the sanctions only lead to hardship for the population. Saddam, himself, is stronger than ever. Hence, the sanctions are more and more perceived as a failure.
2002 October 15: Iraq stages a mock democratic presidential election, in which there are no other candidates than Saddam Hussein, and all ballots are shown to election officials before being cast and counted by regime officials. The election shows 100% of all votes for Saddam, and a 100% turn-out. The election is ridiculed by most Western journalists, but is commentated by the BBC as if it was genuine.
2003 March: US President George W. Bush demands that Saddam leave Iraq with his sons. Saddam does respond, and the USA attacks Iraq and starts bombing Baghdad, with the aim of staking out Saddam and his regime. (See article on US/British-Iraq War.)
Early April: Saddam Hussein loses power over his bureaucracy and the Special Republican Guard, hence, effectively, loses power over Iraq. He takes refuge north of Baghdad, where he in the following months gives direction to loyal opposition forces, fighting the invasion forces, and issuing voice messages which are aired by TV-stations all around the world.
— July 22: Saddam's only two sons, Uday and Qusay, are killed by US forces.
— December 13: Saddam Hussein is captured in an underground shelter 15 km south of Tikrit by US forces. He surrenders without a struggle.
2004 July 1: Saddam Hussein appears in front of an Iraqi court, facing charges of crimes against the people of Iraq and for the war against Kuwait in 1990.
2006 November 5: Saddam Hussein is convicted for his accused crimes, sentenced to death by hanging. He appeals, and around Iraq different reactions to the sentence are displayed. Many Shi'i districts see celebrations, while many Sunni districts see angry protests.
— December 30: Saddam Hussein is executed by hanging in a Baghdad prison.
WHICH ONE?
Google Adsense, Amazon, AdBrite, ModernClick, Kontera, Chitika
ick Your Side... The Original Dream Crusher Now Kicks Off 75% To You And Yours
The Most Powerful Article Writing Software Ever Created
The Marketing Strategy That Changed The Internet Forever!
How To Turn Your Passion Or Hobby Into A $100,000 A Year Money Machine On The Internet.
Instantly Identify, Manage & Track Your Highest Performing Affiliate Links Over Your Entire Wordpress Blog In Less Time Than It Takes To Pour A Glass Of Kool Aid And Make More Money Doing So
Friday, January 19, 2007
SADDAM HUSSEIN-FROM JAIL TO HANGING
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 Comments:
Post a Comment